Cari Blog Ini

Sabtu, 05 Mei 2012

hukum islam


Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri

Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
JAWAPAN:
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.

Rahsia Isteri Hebat. Nak tau, sila klik sini


HUKUM JILAT KEMALUAN ISTERI
hukum-hukum nya sebagai berikut:
Para ulama’ masih berbeza pendapat mengenai hukum mencium,menghisap, dan menjilat kemaluan isteri ataupun lebih dikenali pada hari ini dengan oral seks. Hal ini berikutan dengan tidak terdapatnya dalil yang jelas yang melarang perbuatan tersebut.
Walau bagaimanapun, sekiranya hanya sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami ataupun isteri tanpa melakukan “oral seks”, para ulama’ menyatakan bahawa ia adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti yang boleh menaikkan syahwat antara suami dan isteri, malah ia adalah diharuskan.
Sebagai kesimpulannya, dalam isu oral seks ini para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :
1.Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap cecair tersebut adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Menurutnya lagi, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah perzinaan yang sudah terang amat dilarang di dalam Islam.
2.Yang mengharamkan:
Kebanyakan daripada ulama Saudi mengharamkan perbuatan tersebut. Antaranya
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al‘Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi berpendapat: “Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan sebagainya. Jika air-air tersebut memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang mana ia adalah najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan datangnya penyakit kepada dirinya”.
Pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi mengatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak bilangannya jika dibandingkan dengan yang terdapat di kemaluan, justeru itu beliau menyatakan tindakan melakukan oral seks dibimbangi boleh membawa penyakit kepada kemaluan pasangan akibat daripada terdapat banyaknya kewujudan bakteria dan kuman di dalam bahagian mulut pasangan.
Seorang ilmuan Islam, Syeikh Nasiruddin Albani berpendapat bahawa perbuatan tersebut adalah perbuatan sebahagian daripada binatang, seperti anjing. Dan kita di dalam Islam mempunyai dasar umum seperti yang terdapat di dalam banyak hadits yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW melarang umatnya untuk tasyabbuh atau menyerupai perbuatan yang dilakukan oleh haiwan-haiwan.
pixel Hukum Jilat Kemaluan Isteri
  share
 

Artikel Berkaitan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar